Isnin, 30 Disember 2013

Resepi #5: Kek Sayang Mentua

Assalamualaikum dan selamat sejahtera





Kek Sayang Mentua

Bahan Kek:
100 g mentega
120 g coklat masakan - dihiris
2 sudu besar serbuk koko
100 g gula halus
3 biji telur
2 sudu teh esen vanila
125 g tepung serbaguna
100 g gajus - dicincang

Kaedah membuat kek:
1.  Cairkan mentega bersama coklat masakan yang telah dihiris atas api perlahan.
2.  Masukkan serbuk koko, kacau sebati.  Masukkan gula kacau hingga larut dan biarkan suam.
3.  Masukkan teluru 1 persatu sambil diputar hingga sebati.
4.  Masukkan esen vanila, tepung dan gajus sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.
5.  Ratakan adunan di dalam tin pembakar (18cm) yang dialas kertas timah dan dilenser dengan minyak masak.
6.  Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama satu jam atau hingga masak.  Biarkan sejuk
7.  Hias dengan aising di atasnya.  Biarkan sehingga aising mengeras dan potong.


Bahan untuk Aising:
200 g coklat masakan
50 ml susu segar
200 g coklat putih
2 sudu besar lemak sayuran

Kaedah:
1.  Cairkan coklat masakan bersama susu di dalam peruk dengan api perlahan dan kacau perlahan agar adunan tidak bergentel.  Sejukkan, simpan dalam peti sejuk sebentar dan ratakan atas kek.
2.  Cairkan coklat putih bersama lemak sayur di dalam periuk dengan dengan api perlahan.  Titiskan atas coklat masakan dan lorekkan dengan lidi.  Simpan kek dalam peti sejuk.
3.  Potong empat segi siap untuk hidangan.


selamat mencuba

Ahad, 29 Disember 2013

Resepi #4: Biskut Badam Nestum

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Biskut Badam Nestum

Bahan:
1 3/4 cawan Bijirin Keluarga Nestum
1 3/4 cawan Serbuk Badam
1 cawan Tepung Naik Sendiri
200 g Mentega
150 g Gula Kastor
1 Biji Telur
7 sudu teh Nescafe (campur dengan sudu teh air panas jadi pes)
Coklat masakan dan badam cincang untuk hiasan

Kaedah:

  1. Gaul sebati tepung, Nestum dan serbuk badam.
  2. Krimkan mentega dan gula.  Masukkan telur dan pes Nescafe.  Gaul sebati.
  3. Masukkan adunan tepung, kau-balikkan adunan.
  4. Canai doh setebal 3mm, terap dengan acuan sesuka hati.
  5. Bakar dalam ketuhar selamat 10 atau 15 minit dengan suhu 160 darjah Celcius. Sejukkan.
  6. Sadurkan biskut dengan coklat cair dan taburkan badam cincang.

*Nota:
1.  Resepi ini disalin dari Majalah.
2.  Belum pernah dicuba tetapi pernah rasa.

Selamat mencuba kepada semua.


Sabtu, 28 Disember 2013

Resepi #3: Biskut Buah Pinggang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Sumber gambar:  google
Biskut Buah Pinggang

Bahan:
1 cawang tepung kotak (MFM)
1 1/2 cawang tepung gandum
1 cawan biskut marrie (hancur)
1 cawan cornflakes (hancurkan)
1 biji kuning telur
1 1/2 cawan marjerin/mentega (Lebih sedap jika digunakan mentega.  Adunan lebih gebu)
1 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanila

Kaedah:
1.  Campurkan semua bahan dan uli hingga sebati.
2.  Terap menggunakan acuan berbentuk seperti kacang atau buah pinggang.
3.  Bakar hingga keperangan.


* Nota:
1.  Resepi ini mula dikenali ketika sejarah pasangan kembar siam iaitu Arwah Aida Safa dan Aina Safi pada tahun 1995.
2.  Resepi ini pemberian seorang sahabat baik.  
3.  Pernah rasa tetapi belum pernah buat sendiri walaupun nampak macam mudah sangat.  Mungkin juga kerana resepi ini tersimpan dalam buku yang disimpan paling bawah.
4.  Akan mencubanya pada masa akan datang.

Sekian.  

Jumaat, 27 Disember 2013

Resepi #2 : Susu Dadih

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




gambar hiasan
Susu Dadih

Bahan:

1 Kotak susu UHT (1 liter)
1 tin susu pekat
1 tin susu cair
*  sampur semua bahan di atas
20 gm agar-agar tali
1 1/2 cawang gula
3 liter air
sedikit Pewarna atau perisa ikut kesukaan.  Contoh serbuk koko

Kaedah:
1.  Didihkan air dan agar-agar, biar sehingga agar-agar cair sepenuhnya.
2.  Masukkan gula dan kacau sebati
3.  Masukkan campuran susu, biar sehingga betul-betul mendidih.
4.  Sejukkan sedikit campuran agihkan ke dalam bekas kecil (seperti gambar di atas).  Sedap dihidangkan sejuk.


*Nota:

  1. Campuran agar-agar dan susu hendaklah dipastikan betul-betul mendidih.
  2. Adunan ini boleh memberikan hasil yang banyak.  Biasanya penuh di dalam peti ais sekurang-kurangnya dua para.

Sekian.  Selamat mencuba.


    Khamis, 26 Disember 2013

    Resepi #1: Kek Coklat

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera




    Gambar hiasan tidak seperti yang digambar dalam resepi sebenar
    Kek Coklat

    Bahan (Kek):
    6 oz tepung gandum (1 1/3 cawan)
    1/4 sudu teh baking powder
    1 sudu teh bikarbonat soda
    10 oz gula castor (1 1/3 cawan)
    4 oz butter (110 gm)
    2 biji telur
    2 oz serbuk koko (3/4 cawang) - bancuh bersama 7 oz air

    Kaedah:
    1.  Pukul butter dengan gula sehingga kembang.
    2.  Masukkan telur satu persatu sambil dikacau (kaup balik).
    3.  Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang dengan air koko sambil kacau (kaup balik).
    4.  Bakar sehingga masak.

    Bahan (krim coklat):
    1/2 cawang serbuk koko
    1 cawan gula icing
    1 cawan susu cair
    1/4 cawan butter (sejukkan pada suhu bilik)

    Kaedah:
    1.  Campurkan serbuk koko, gula icing dan susu cair, kacau hingga sebati dan masak di atas api perlahan hingga pekat.  Sejukkan.
    2.  Masukkan butter yang telah lembut (pada suhu bilik).
    3.  Hias di atas dan keliling kek yang telah masak.


    *Keterangan:
    Resepi di atas pernah dicuba beberapa tahun yang lalu ketika kek coklat moist belum lagi terkenal.

    Sekian.  Selamat mencuba.